佳礼资讯网

 找回密码
 注册

ADVERTISEMENT

查看: 1782|回复: 9

汉都亚是女的???

[复制链接]
发表于 22-10-2017 02:03 AM | 显示全部楼层 |阅读模式
hang-tuah-1.jpg

hang-tuah.jpg


回复

使用道具 举报


ADVERTISEMENT

 楼主| 发表于 22-10-2017 02:07 AM | 显示全部楼层
Bukti Pertama:
Terdapat sebuah perigi dinamakan "PERIGI HANG TUAH" di Melaka. Mengapa tidak terdapat perigi HANG JEBAT, HANG LEKIR, HANG KASTURI juga HANG LEKIU. Ini kerana adat melayu takkala berzaman lelaki dan wanita mempunyai tempat aktiviti dan berbeza dan lain-lain, semuanya secara berasingan. Contohnya bilek tidur, ruang rumah, tempat solat apa lagi bilik mandi. Maka sebab itulah dibina sebuah perigi khas buat HANG TUAH untuk mandi manda dan bersiap. Sebab itulah juga ia dinamakan "PERIGI HANG TUAH". Perigi ini hanya digunakan oleh HANG TUAH seorang sahaja. Ianya amat "EKSLUSIF".
Bukti Kedua:
Apabila dititah oleh Sultan Melaka untuk pergi dan membawa balik Tun Teja dari Pahang, HANG TUAH pergi dengan rela hati dan berjaya "memperdaya" Tun Teja untuk dibawa ke Melaka dan akan dikahwinkan dengan Sultan Melaka. Pada masa itu memang telah tersohor akan kejelitaan dan kecantikan Tun Teja. Dalam menjalankan tugasnya HANG TUAH sudah sedia merasai akan perasaan Tun Teja telah jatuh hati dan tertarik kepadanya. Namun dia juga mengetahui dan menyedari bahawa itu adalah di luar tabie. Lalu menyorok di sebalik ketaatan kepada Sultan lalu beliau menolak "cinta" Tun Teja walaupun ketika itu Tun Teja amat kecewa dan terpaksa "diselamatkan" dengan "sepiak sireh jampi" barulah perasaan Tun Teja dapat dilumpuhkan. Jika HANG TUAH adalah seorang lelaki, adat kata agak susah dan betapa goyahnya berhadapan dengan seorang yang "amat jelita' seperti Tun Teja. Apalagi ketika itu dianya bukan bertepuk sebelah tangan.
Bukti Ketiga:
Hubungan yang rapat dan "terlalu akrab" dengan Hang Jebat menyebabkan hanya Hang Jebat seorang saja yang mengetahui "rahsia jantina" HANG TUAH. Sebab itulah dalam zaman "perguruan persilatan" dengan Adi Putra, Hang Jebat tak pernah "menang" dan selalu "mengalah" kepada HANG TUAH semasa berlatih. Sebab Hang Jebat adalah manusia yang mempunyai "semangat persahabatan" yang kukuh dan amat padu sekali. Hang Jebat mempunyai jatidiri yang tinggi. Dia takkan menganiayai wanita. Apa lagi mereka sudah berjanji sehidup semati sejak dari kecil lagi. Apabila mahaguru Adi Putra meramalkan kematian Hang Jebat adalah di tangan HANG TUAH sebenarnya Hang Jebat tak percaya kerana HANG TUAH hanyalah seorang wanita. Semasa pertarungan dengan HANG TUAH, Hang Jebat telah beberapa kali berpeluang untuk membunuh HANG TUAH apalagi keris "Taming Sari" berada di tangannya. Namun dia mengelak dari menikan dan membunuh HANG TUAH di atas prinsip tadi tak mahu menganiayai wanita dan tak sanggup membunuh wanita. Demi seorang pendekar. Hang Jebat mengorbankan dirinya sebagai "wira" tanpa menguburkan prinsipnya sebagai pendekar sejati. Biar mati "di tangan wanita" asal tidak menang "hanya dengan wanita".
Bukti Keempat:
Hang Jebat begitu marah dan sanggup menderhaka kepada Sultan Melaka walaupun telah sekian lama taat dan patuh juga berjasa kepada Sultan. Hang Jebat marah kerana sultan telah menuduh HANG TUAH telah "berkhendak dan bermukah" dengan dayang istana. Sebab Hang Jebat tahu yang HANG TUAH adalah wanita mana boleh melakukan perkara sumbang itu. Tuduhan itu telah menjatuhkan maruah HANG TUAH apatah lagi, demi persahabatan dan menjaga maruah kaum wanita, Hang Jebat telah bangun menuntut bela. Ada juga yang sifatkan perlakuan Hang Jebat itu sebagai derhaka. Namun itu terpulang atas prinsip dan tafsiran masing-masing.
Bukti Kelima: (Bukti TAK LOGIK!)
Walau dikira remeh tapi amat kukuh. Mendengar berita HANG TUAH dititah untuk dibunuh, dan Bendahara telah menjalankan titah tersebut, maka Hang Jebat mengamuk di seluruh Melaka dan sampai ke istana, semua pendekar di Melaka dikerah untuk menyekat dan membunuh Hang Jebat, namun gagal menyainginya begitu juga semua sahabat dan rakan perjuangnya juga gagal mengalahkan Hang Jebat. Namun bendahara mencadangkan HANG TUAH untuk menghapuskan Hang Jebat, walaupun pada masa itu, Bendahara terpaksa menyembahkan sembah derhaka kerana tidak membunuh HANG TUAH setelah dititahkan Sultan tempoh hari. Kembali kepada titah Sultan untuk membunuh HANG TUAH kepada Bendahara. Bendahara telah membawa HANG TUAH ke hutan belantara untuk dibunuh. Apabila Bendahara memohon untuk menikamnya, HANG TUAH dengan setia melutut dan membuka baju. Mungkin katanya "Jalankan perintah Tuanku....bunuhlah hamba...hamba redha..." Apabila mencabut keris dan mengangkat keris untuk menikam HANG TUAH, Bendahara terperanjat setelah melihat "buah dada" HANG TUAH dan mendapatinya seorang wanita. Bendahara tidak tergamak untuk membunuh seorang wanita walaupun itu adalah perintah Sultan. Bendahara juga pendekar macam Hang Jebat. Maka selamatlah HANG TUAH.

回复

使用道具 举报

发表于 22-10-2017 12:37 PM 来自手机 | 显示全部楼层
以訛传訛,越传越傻。
回复

使用道具 举报

发表于 22-10-2017 01:44 PM 来自手机 | 显示全部楼层
没错,Tun Fatimah 才是男的
回复

使用道具 举报

发表于 22-10-2017 02:08 PM 来自手机 | 显示全部楼层
在下去就外星人了。因为分别不男不女的。
回复

使用道具 举报

发表于 22-10-2017 08:05 PM 来自手机 | 显示全部楼层
大马版花木兰
回复

使用道具 举报

Follow Us
发表于 22-10-2017 08:11 PM 来自手机 | 显示全部楼层
然后 tun perak 是他老公?
回复

使用道具 举报

发表于 10-12-2017 01:21 PM | 显示全部楼层
可怜的hang tuah 又要给人讲是华人 又要给人讲是女人


回复

使用道具 举报


ADVERTISEMENT

发表于 6-2-2018 01:45 PM | 显示全部楼层
下一次又講 漢都亞 是人妖
回复

使用道具 举报

发表于 21-3-2018 08:11 PM 来自手机 | 显示全部楼层
家驹 发表于 22-10-2017 02:07 AM
Bukti Pertama:
Terdapat sebuah perigi dinamakan "PERIGI HANG TUAH" di Melaka. Mengapa tidak terdapat perigi HANG JEBAT, HANG LEKIR, HANG KASTURI juga HANG LEKIU. Ini kerana adat melayu takkala berza ...

谁能翻译成华语,看不明白
回复

使用道具 举报

您需要登录后才可以回帖 登录 | 注册

本版积分规则

 

所属分类: 人文空间


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT


版权所有 © 1996-2023 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|IPSERVERONE 提供云主机|广告刊登|关于我们|私隐权|免控|投诉|联络|脸书|佳礼资讯网

GMT+8, 18-4-2024 10:09 PM , Processed in 0.065122 second(s), 27 queries , Gzip On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

快速回复 返回顶部 返回列表