"Selepas, saya mengaturkan pembebasan beliau dan pengampunan diraja, dia tidak nak sokong saya.
"Dia pusing jumpa semua orang. Jumpa raja-raja, jumpa orang asing, bukan sokong saya. Dia kritikal terhadap saya," kata Mahathir dalam satu wawancara bersama Malaysia Gazette.
Mahathir juga menuduh Anwar membantu kroninya mengumpulkan kekayaan yang luar biasa dan secara khusus mendakwa salah seorang kroni Anwar itu ialah Ahmad Zahid Hamidi yang sekarang menerajui Umno.
|